Enjoy the little things in life...for one day you'll look back and realize they were the big things...and there are 3 words i can sum up everything i've learned about life...IT GOES ON....=)

Monday, December 12, 2016

Produk Safi Balqis!! :)

Assalamualaikum, people 😇

Kononnya nak publish one post each day tapi biasalah Melayu kekal dengan janji Melayu nya hahaha so here is my second post!! 

I guess di luar sana ramai gadis mahu pun ibu gadis yang mengalami masalah oily face aka muka berminyak ditambahi pula dengan kulit sensitif jadi nak cari produk sesuai untuk kulit tu yang ampunnn amat lah susah. 😩 
Maka post ini khas untuk anda yang mengalami masalah seperti saya ini hewhewhew

Kulit berminyak ni memang common lagi-lagi yang sentiasa aktif menghadap panas terik kat luar sana tu haa so produk yang saya sangatttt suka and suitable for my sensitive skin adalah Safi products 😍 I've tried few products from other brand before but none suited me till I tried Safi products.

Post ni mungkin berbau seperti saya ini adalah duta Safi balqis tapi percayalah bahawa saya hanya lah insan kerdil biasa hehe 🙈 So, saya akan mulakan dengan produk pertama.


Yang ni adalah cleanser dia. Sangat sangat membantu untuk menyingkirkan minyak di muka tambah pula dengan bau yang wangi. Harga pun affordable which is around rm 10 (kalau tak silap hihi) 

I used this every morning dan sebelum tido. Orang cakap salah satu awet muda adalah cuci muka sebelum tido so kalau pakai cleanser ni bertambahlah muda nya hehehe


Next product adalah toner safi balqis. Harga toner ni pun murah around rm 8 je satu botol. 
Toner ni perlu dipakai lepas cuci muka guna cleanser tadi. Sebabnya waktu cuci muka tu, pori-pori muka kita terbuka (bahasa mudah haha 😝) so toner ni bertindak untuk mengetat dan mengecilkan balik lah pori-pori muka kita. 


Last but not least, pelembap gel safi balqis. Yang ni boleh apply lepas pakai toner and sesuai untuk orang yang kulit selalu kering. Kalau selalu duduk dalam bilik berhawa dingin pon best pakai ni. Pelembap gel ni memberikan kelembapan yang berpanjangan so kulit sejukkkk je sentiasa. 😊 (bunyi dah macam iklan hehe) Oh lupa pulak, harga asal dia around rm 20 macam tu. I bought this during sale dekat watson di mana harganya adalah rm17 sahaja.



Sekian sahaja suggestion produk daripada saya. Tapi bergantung pada kulit jugak. Kadang produk ni sesuai untuk kulit macam saya, tapi tak semestinya sesuai untuk kulit orang lain pulak. hehe so good luck dalam mencari produk sesuai! 

Till next post, people! 💕


No comments:

Post a Comment